Unordered List

Selasa, 28 Juni 2011

Bab 02: Tentang Hari Kiamat


"Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak  seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia." (Surah Al-A'raf: 187)

      Kiamat adalah suatu peristiwa yang sudah tentu bakal terjadi, luar biasa dan sangat agung, yang tidak dapat ditolak dan dihindari oleh siapa pun. Wajar, jika beberapa ayat Al-Quran menggambarkannya dengan adanya keajaiban-keajaiban yang mustahil terjadi pada hari-hari biasa. Di samping pasti bakal terjadi, luar biasa dan sangat agung, Al-Quran juga mengungkapkan bahwa kiamat adalah peristiwa yang sangat dahsyat dan sangat mengerikan. Seperti apa yang telah diterangkan di dalam surah Al-Hajj firmanNya: "Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan." (surah Al-Hajj : 1-2)

     Bagi yang secara langsung mempercayai hari kiamat, biasanya kerana mereka berpegang teguh kepada suatu agama, yang di dalamnya ada keimanan (kepercayaan) terhadap hari kiamat (hari akhir) sehingga mereka langsung mengimaninya.

     Kadang-kadang juga bukan kerana menganut suatu agama, tetapi kerana mereka meyakini bahawa berdasarkan sunatullah (hukum alam) dunia ini akan hancur (berakhir). Dengan kepercayaan tersebut, mereka meneliti kerosakan alam dunia dan meramalkan bahawa pada hari, tanggal, bulan, tahun tertentu bakal terjadi kiamat.

     Memang, sikap seperti itu sudah terjadi sejak sekian lama, walaupun seringkali hasil ramalannya meleset, dan sempat meresahkan umat manusia. Pendapat seperti itu bukan hanya muncul di negara kita, bahkan juga di negara-negara lain. Bukan datang dari para saintis saja, tetapi juga dari tokoh-tokoh agama, para bijak pandai, sehingga orang awam.

     Pendapat mutakhir tentang penentuan akan terjadinya hari kiamat adalah pendapat yang dikemukakan oleh Lawrence E.Joseph, yang menulis sebuah buku yang berjudul: kiamat 2012, Kajian Akhir Zaman. Penerimaan terhadap buku itu secara berluasa sehingga muncul karangan lain. Demikian juga halnya yang berlaku melalui televisyen, temuramah dan wawancara telah menyimpulkan bahawa kemungkinan peristiwa yang bakal terjadi pada tahun 2012 adalah hanya kiamat kecil.

     Rupanya, Joseph mengembangkan ramalan buku Suku Maya Kuno di Mexico, yang telah meramalkan bahawa hari kiamat akan terjadi pada tahun 2012. menurutnya, dia telah melakukan pemerhatian secara teliti dengan mengamati terjadinya kerosakan-kerosakan yang terjadi di alam ini sehingga ramalan Suku Maya tersebut bahawa hari kiamat yang bakal terjadi pada tahun 2012 dibenarkan olehnya.

    Sebenarnya, Suku Maya tidak meramalkan bahawa pada tahun 2012 akan terjadi kiamat, bahkan dibidaskan oleh ketua Suku Maya, Apolinario Chile Pixtun berita itu tidak benar. Dia pun merasa bosan kerana banyaknya pertanyaan tentang kalendar Maya yang dikatakan bahawa kiamat yang bakal terjadi pada tahun 2012. Maka, untuk mencari jalan penyelesaian Pixtun menyatakan bahawa teori-teori tentang kiamat bakal terjadi pada tahun 2012 datang dari Barat. Menurutnya, sebuah jangka waktu yang penting bagi orang Maya emang berakhir pada waktu itu, dan orang-orang yang telah menemukan serangkaian deretan astronomi yang menyebutkan bahawa pada tahun 2012 akan ada kejadian yang jarang-jarang berlaku, yang merupakan sebahagian dari pertemuan setiap 25,800 tahun. Sebahagian ahli arkeologi, astronomi dan suku India mengatakan, satu-satunya yang mungkin akan melanggar bumi adalah hujan New Age dan khabar angin mengenai soal kiamat berlarutan di internet. Dengan kata lain, hari kiamat itu tidak benar (akan terjadi pada tahun 2012).
     Namun, menurut David Stuart, seorang pakar epigrafi Maya dari University Texas Austin, bahawa hal itu tidak ada kaitan dengan soal kiamat. "Itu merupakan ulang tahun khusus soal penciptaan". "Orang Maya tidak pernah mengatakan bahawa dunia akan berakhir; dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Mereka hanya mencatat peringatan masa depan di Monumen Enam." Bernal mengatakan bahawa kiamat merupakan sebuah konsep "Kebaratan atau Kristianity" yang diprovokasikan kepada orang Maya.

     Sememangnya, menurut Al-Quran akan terjadinya kiamat dimulai dengan kerosakan alam semesta. Hal itu dapat dilihat di dalam Surah At-Takwiir: "Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surah-surah amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan; (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya." (Surah At-Takwiir: 1-14)

     Sebagai komen terhadap ramalan yang terdapat di dalam buku tersebut, atau mungkin ramalan-ramalan yang terdapat di dalam sumber yang lain, bahkan ramalan yang tidak dibukukan, maka tulisan ini mengulas sedikit tentang hari kiamat menurut Al-Quran. Walaupun, sebahagian orang memuji dan tunduk terhadap hasil penelitian yang telah di lakukan oleh Lawrence E.Joseph, yang berpendapat bahawa dunia ini sudah cukup parah tahap kerosakannya. Akhir-akhir ini, fenomena alam juga menunjukkan bahawa paling tidak ada 10 kejadian berikut:

1.Kebakaran hutan besar-besaran.
Akhir-akhir ini, kebakaran hutan terjadi di mana-mana, termasuk di Asia Tenggara. Akibatnya, suhu kian panas dan kutub lebih mencair.

2.Hasil sejarah lama yang cepat rosak.
Akibat keadaan alam yang tidak lagi bersahabat dengan manusia, sejumlah bangunan bersejarah, candi dan artifak lain lebih cepat rosak dibandingkan pada waktu silam.

3.Ketinggian gunung berkurang.
Terjadinya peyusutan ketinggian gunung kerana terjadinya mendapan dan runtuhan.

4.Satelit bergerak lebih cepat.
Emisi karbon dioksida membuat planet lebih cepat panas, bahkan melayang ke ruang angkasa.

5.Hanya yang terkuat yang akan bertahan.
Akibat musim yang semakin tidak menentu, maka hanya makhluk yang kuat yang mampu bertahan hidup.

6.Terjadinya gempa bumi dan gunung berapi.
Terjadinya tsunami yang kerap kali disebabkan gegaran dan ketidak stabilan perut bumi.

7.Keganjilan di daerah kutub.
Hilangnya 125 pondok di kutub utara beberapa dekad silam, memunculkan pemikiran bahawa pemanasan global terjadi lebih parah di daerah kutub.

8.Mekarnya tumbuhan di kutub utara.
Terjadinya pencairan di kutub utara menyebabkan masalah pada tanaman dan binatang di dataran yang lebih rendah. Juga terciptanya situasi yang sama ketika matahari terbenam pada kutub utara. Tumbuhan kutub yang dulunya tertutup ais sekarang mulai tumbuh.

9.Muncul haiwan aneh.
Penemuan beberapa spesis haiwan ganjil di dasar laut menunjukan bahawa kehidupan dari laut dalam telah naik ke dasar laut untuk mencari penempatan baru kerana gegaran yang berlaku di dasar lautan.

10.Peningkatan masalah penyakit berjangkit.
Banyak terjadinya kejadian demam, selesema dan gatal-gatal di mata musim pertukaran musim, merupakan akibat pemanasan global. Demikian juga, di Amerika masalah ketidak serasian badan dan asma meningkat.

     Kejadian di atas menunjukkan bahawa beberapa tanda akan datangnya kiamat sudah terjadi. Namun, waktunya telah ditentukan oleh seseorang, termasuklah juga oleh Lawrence E.Joseph, maka sampai bila pun, selaku umat Islam tidak akan percaya begitu saja. Mengapa? Kerana, penentuan terjadinya kiamat bukanlah urusan manusia, tetapi hal itu hanyalah urusan Allah semata. Hal itu sesuai dengan firman Allah SWT, yang terdapat di dalam surah Al-A'raf: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: 'Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (mengerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui". (Surah Al-A'raf: 187)

Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

0 komentar: